IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan dan wakaf berjumlah RM5,141,828.81 daripada tujuh syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) semalam.

Majlis penyerahan ini bertempat di Istana Changkat Persekutuan di ibu negara.

MAIPk dalam kenyataan memaklumkan, penyerahan didahului Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwakili Pengerusinya, Dato’ Sri Hasan Arifin dengan jumlah bayaran RM 3,213,092.39.

Menurut kenyataan itu, ia diikuti Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) diwakili Ahli Jawatankuasa Syariah BPMB, Lokmanulhakim Hussain dengan jumlah zakat perniagaan RM507,550.00.

"Seterusnya, Maybank Islamic Berhad diwakili Muhammad Ali Jinnah Ahmad iaitu Ahli Jawatankuasa Syariah bank tersebut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM498,652.45.

"Turut menunaikan zakat perniagaan adalah CIMB Islamic Berhad berjumlah RM350,000.00 yang diserahkan oleh Ketua Serantau, Sektor Awam, Kumpulan CIMB, Zainul Zain Hashim," ujar kenyataan itu.

Selanjutnya, serahan zakat perniagaan daripada Agrobank berjumlah RM243,576.97 oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YM Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

Penyerahan zakat perniagaan bagi Telekom Malaysia Berhad diwakili Pengurus Besar, Badrul Hisham Bahari berjumlah RM228,957.00.

Selain itu, pihak Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad memberi sumbangan Wakaf Tunai berjumlah RM100,000.00 yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Am Berhad, Mohamed Sabri Ramli.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Dr. Mohd Zahidi Zainuddinm dan Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Dato’ Seri Mohamad Othman Zainal Azim.