IPOH- Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud menggalakkan wargakota untuk menggunakan aplikasi pintar PARK@PERAK sebagai alternatif pembayaran caj tempat letak kereta.

Menurut beliau aplikasi pintar itu berfungsi secara mesra pengguna dan menjimatkan masa.

Pembayaran caj tempat letak kereta menjadi sangat mudah kerana hanya dilaksanakan dengan menggunakan telefon pintar sahaja.

"Aplikasi pintar PARK@PERAK juga boleh digunakan di seluruh Negeri Perak dengan mengikut masa operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing–masing," katanya dalam ucapan Mesyuarat Ahli Lembaga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) semalam.

Aplikasi pintar PARK@PERAK boleh dimuat turun di Play Store, App Store dan yang terkini di Huawei Gallery.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh dikemukakan terus ke emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.