MANJUNG – Sepasukan pegawai dan anggota Rejimen Ketiga Artileri Diraja (3 RAD), Kem Kamunting, Taiping telah diaturgerak untuk tugas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mukim Sitiawan dan daerah Manjung sejak 29 Mei hingga 11 Jun ini.

Penugasan berkenaan adalah bagi membantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung selaku pihak berkuasa bertanggungjawab di kawasan berkenaan.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, penugasan ini membabitkan enam sekatan jalan raya (SJR) serta melaksanakan pemasangan kawat berduri di kawasan tersebut yang diketuai oleh Ketua Bateri Bravo pada Selasa lalu.

“Pasukan 3 RAD akan terus membantu melakukan pemantauan di kawasan tanggungjawab dalam usaha memutuskan jangkitan Covid-19.

“Selain itu, penugasan ini juga bagi mendukong tonggak kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu peningkatan hubungan Tentera Darat dengan masyarakat awam,” ujar kenyataan tersebut.