Ipoh- Sistem fasiliti kesihatan negeri Perak dilaporkan dalam keadaan yang stabil dan ditahap terkawal.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata sejumlah 51.8% buah katil hospital dan 27.5% buah katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) sedang digunakan bagi menampung pesakit-pesakit.

Setakat ini, semua sistem fasiliti kesihatan di negeri perak dalam keadaan yang terkawal dan tidak membimbangkan.

Begitu juga suntikan vaksinasi Covid-19 mencatatkan jumlah pengambilan suntikan dos penggalak (booster) di negeri Perak setakat 2 Mei 2022 ialah seramai 1,155,291 (46%) dan dos kedua 1,935,382.

Trend kes jankitan Covid-19 di Perak juga menunjukkan penurunan berdasar data yang dikeluarkan. Pada 30 April 2022 mencatatkan sebanyak 123 kes, 1 Mei 2022 sebanyak 96 kes dan 2 Mei 2022 pula sebanyak 73 kes”, katanya.

Beliau juga berharap trend penurunan kes jangkitan ini akan terus kekal sewaktu fasa peralihan endemik sekarang ini.

Katanya, kerjasama dan tanggungjawab semua rakyat dalam mengekalkan disiplin diri serta perlaksanaan kawalan kendiri akan dapat membendung penularan wabak Covid-19.