PUTRAJAYA – Graf pemutusan wabak Covid-19 di negara kita terus menunjukkan arah positif apabila jumlah kes pulih kini sudah menghampiri 95 peratus dengan pertambahan 127 kes pulih yang dilaporkan hari ini.

Ketika ini, sebanyak 8,000 kes sembuh direkodkan atau 93.8 peratus dari jumlah keseluruhan kes iaitu 8,259.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walau pun secara relatifnya negara masih belum bebas daripada wabak tersebut, tetapi ini menunjukkan usaha petugas barisan hadapan negara menunjukkan pencapaian.

Katanya, sebanyak 14 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul kes Covid-19 sebanyak 8,529 kes dengan jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan sebanyak 408 kes.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata tiada, pertambahan kes aktif dan jumlahnya kekal sebanyak 121 kes atau 1.42 peratus dari jumlah keseluruhan kes.

"Ini menjadikan jumlah kes yang masih dirawat di unit rawatan rapi sebanyak empat kes dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan," katanya menerusi paparan dalam Facebook.

Pada hari ini juga, sebanyak 14 kes baharu direkodkan iaitu tiga kes import dan tujuh bukan warganegara.