PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 45 kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Isnin menjadikannya jumlah kematian tertinggi yang dicatatkan setakat ini. 

45 kes kematian ini membabitkan 44 penduduk tempatan termasuk 1 bukan warganegara menjadikan kematian akibat jangkitan virus itu kepada 1,947 orang. Mengikut laporan tersebut, kes kematian tertua pada hari ini berusia 90 tahun dan kes kematian termuda berusia 36 tahun.
 
Selangor masih mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 20 kes atau 44 peratus daripada keseluruhan kes kematian hari ini.
 
Tiga kes kematian hari ini tidak mempunyai sejarah penyakit kronik manakala 3 kes ‘brought in dead’ dilaporkan dan majoriti kes kematian adalah dalam kalangan warga emas iaitu 35 kes.
 
Justeru, KKM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mencegah virus tersebut daripada terus merebak.