PETALING JAYA- Kebimbangan penularan wabak Covid-19 terhadap kanak-kanak dan remaja perlu ada apabila sebanyak 82,341 kes jangkitan dikesan membabitkan pesakit bawah usia 18 tahun.

Angka yang direkodkan sejak 25 Januari lalu hingga kelmarin ini menunjukkan jangkitan tersebut kini menular dalam komuniti kanak-kanak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter berkata, , dalam tempoh 25 Januari hingga kelmarin.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut sebanyak 19,851 kes membabitkan bayi berusia bawah empat tahun.

“Sebanyak 8,237 kes lagi direkodkan membabitkan kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun.

“Kementerian Kesihatan (KKM) juga merekodkan 26,851 kes dan 27,402 kes, masing-masing bagi individu berusia tujuh hingga 12 tahun serta 13 hingga 17 tahun,” katanya.

Susulan itu, Noor Hisham terus menyeru rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, individu yang degil mendedahkan anak-anak dengan jangkitan Covid-19 boleh disiasat melanggar SOP Majlis Kesihatan Negara (MKN).