IPOH: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memulakan pemasangan hampir 100,000 meter pintar di negeri ini, yang dijangka bermula awal tahun depan.

Pengurus Besar TNB Perak, Datuk Ir Sharuddin Mohd Simin berkata pemasangan meter pintar itu adalah yang pertama di Perak dan dimulakan di bandar raya Ipoh secara berperingkat.

LUMUT - Cubaan 13 bot nelayan asing memasuki perairan negara berjaya digagalkan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam kejadian berhampiran Pulau Perak petang semalam.

Kapal KD Laksamana Hang Nadim telah melakukan pengusiran tersebut semasa melakukan rondaan sekitar 5.50 petang.

IPOH: Lebih 200 petugas barisan hadapan diraikan menerusi tayangan perdana filem Juang bersempena Majlis Menghargai Jasa Hero-Hero Malaysia di Golden Screen Cinema (GSC), Ipoh Parade, di sini malam tadi.

Kesemua mereka yang hadir merupakan petugas barisan hadapan seperti polis, bomba, Rela, pasukan perubatan serta tidak terkecuali pengamal media.

IPOH: Sebanyak 1,465 unit rumah kos rendah dan kos sederhana akan dibina di bandar raya ini yang memberi fokus dan manfaat kepada golongan B40 memiliki rumah pertama.

Projek pembinaan rumah tersebut merupakan sebahagian daripada memorandum persefahaman (MoU) di antara syarikat pemaju tempatan, Mysuccess Land Sdn. Bhd. dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

IPOH: Empat kolam tadahan akan dibina di bandar raya ini sebagai salah satu kaedah mitigasi mengatasi masalah banjir kilat, khususnya musim tengkujuh saban tahun.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sudah berbincang dan mendapatkan nasihat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak berhubung teknologi kolam tersebut.