PASIR SALAK - Disebalik kegusaran orang ramai tentang kenaikan harga minyak masak, namun peluang untuk membeli barangan dapur terpenting ini pada harga murah masih ada.

Warga Perak khususnya sekitar Perak Tengah dan kawasan terdekat jangan lepaskan peluang berkunjung ke Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Litar Dato' Sagor, Kampung Gajah di sini.

IPOH: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) akan melaksanakan kajian bagi meningkatkan kadar pengiraan had kifayah zakat di negeri ini.

Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

 

Chemor: Orang ramai berpeluang menikmati harga promosi di pasaraya Econsave, Chemor sempena pembukaan rasmi cawangan baharunya hari ini, 1 July 2022.

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata sempena pembukaan cawangan baru pasaraya Econsave itu sekaligus memberi peluang kepada penduduk setempat untuk membeli belah.

IPOH: Perak sedang dalam proses perbincangan untuk membolehkan pemegang kad Perak Prihatin dan Kasih Ibu Darul Ridzuan menggunakan kemudahan itu di Kedai Bergerak di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata usaha itu dibuat bagi menyasarkan lebih ramai golongan B40 menikmati harga istimewa, khususnya dengan kenaikan harga barang bermula 1 Julai ini.

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengalu-alukan kehadiran para pemilik pegangan yang mempunyai masalah dalam pembayaran tunggakan cukai taksiran untuk hadir ke MBI.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata pihaknya sedia membuka ruang perbincangan dalam bentuk rundingan.