IPOH – Halangan aliran air pada longkang utama selain hujan lebat yang berterusan menjadi punca kejadian banjir kilat di Taman Cempaka di sini malam tadi yang menyebabkan beberapa jalan di kawasan kejiranan itu ditenggelami air sedalam 0.6 meter.

Pemantauan pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta kontraktor projek dan wakil penduduk mendapati tiga jambatan pejalan kaki yang merentangi longkang utama di situ menyebabkan air terhalang.

IPOH – Pengguna di negeri ini yang ingin ke kawasan tanah tinggi Cameron Highlands masih perlu melalui Jalan Tapah – Cameron Highlands sebagai laluan alternatif berikutan Jalan Simpang Pulai-Blue Valley ke Cameron Highlands di sini masih ditutup untuk semua jenis kenderaan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dalam satu kenyataan memberitahu, ini kerana pemeriksaan semasa yang dijalankan mendapati kejadian kegagalan cerun masih berlaku akibat hujan lebat yang berterusan.

IPOH – Satu kejadian banjir kilat berlaku di Taman Cempaka di sini malam tadi menyebabkan ada kawasan di sekitarnya ditenggelami air setinggi 0.6 meter.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.07 malam Jumaat.

IPOH - Ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah di asrama penuh digesa untuk memantau perubahan sikap anak masing-masing, agar insiden buli tidak berlaku.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, selain itu warden asrama dan para guru turut berperanan untuk bertindak sekiranya menyedari perubahan pada diri pelajar.

IPOH - Perniagaan barangan keperluan sekolah, Canggih Sutera merasmikan outlet pertamanya di Negeri Perak sekaligus pelancaran program ‘Canggih Go’ menerusi Program Pembangunan Usahawan Canggih Go (Canggih Go).

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) , Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, Canggih Go merupakan program kerjasama MARA bersama pengeluar produk uniform sekolah jenama Canggih dalam melahirkan dan membantu usahawan sedia ada terutamanya dalam bidang tekstil.