Ipoh- “Ikan pari asam pedas MH Hotel tetap terbaik dan tidak perlu fikir hendak berbuka puasa di mana lagi. Di sinilah selera kampung sebenar!”, begitulah gambaran yang mampu diperkatakan oleh salah seorang pengunjung sewaktu berbuka puasa di MH Hotel, Ipoh, semalam.

Sajian Melayu berasal dari selatan tanah air ini, menjadi ‘raja’ di antara lebih 70 sajian bufet Ramadan di hotel yang terletak di susur keluar lebuh raya Ipoh utara ini.

Sous Chef, Mohd Khamizan yang berpegalaman lebih 16 tahun berkata citarasa pedas dan masam bergabung dengan kemanisan ikan pari segar serta keranggupan kacang bendi sememangnya menepati kehendak selera para pengunjung.

“Seperti tahun sebelum, MH Hotel masih mengekalkan konsep ‘Selera Kampung’. Tambahan pula, lebih dua tahun kita tidak berpeluang balik kampung kerana pendemik Covid-19, jadi inilah masa untuk MH Hotel kembali memeriahkan iftar Ramadan dengan sajian warisan melayu lama.

“Selain itu, sajian utama kami yang lain iaitu sup tulang tujuh keturunan juga tidak kurang menyengatnya. Sajian sampingan seperti kambing bakar, cucur udang, ulam-ulaman dan aneka kuih muih melayu juga menambah seri bufet kami.

“Terdapat lima menu utama yang akan disilih gantikan setiap hari antaranya asam pedas ikan pari, masak lemak lala cili api, masak lemak nangka tumis darat dan ayam goreng berempah. Begitu juga dengan ‘noodle station’ yang juga akan menyajikan pelbagai menu antaranya laksa, mee rebus dan mee bandung”, katanya kepada Peraktastic sempena Ramadan Buffet, Lambaian Desa Desinasi Selera Kampung, di sini semalam.

Bufet Ramadan ini diadakan di MH Hotel Greand Ballroom, memuatkan seramai 250 pada satu masa. Ia bermula 4 April hingga 1 May 2022 dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Harga yang tawarkan sangat berbaloi dan terendah di antara hotel-hotel lain iaitu RM59.90 untuk dewasa, kanak-kanak 4 hingga 12 tahun dan warga emas ialah sebanyak RM49.90.

Tempahan dan pertanyaan bolehlah menghubungi 05 545 1000, 013 512 2988, 019 452 6688 dan 019 550 9088.