Citarasa Muhibbah Ramadan Buffet di Hotel MU - Nikmati perbezaan Kambing Golek resepi Chef Amin
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Makanan Minuman
- Hits: 1346
Mengetengahkan konsep citarasa muhibbah, bufet yang disediakan oleh Chef Mohd Aminuddin Abdul Rahman, membuka peluang semua bangsa untuk bersama-sama merasai suasana kemeriahan iftar Ramadan di Hotel MU, Ipoh.
Haruman rempah ratus serta kelembutan kambing golek perapan ciptaan sendiri Chef Amin, ternyata menjadikan iftar Ramadan ini lain dari.yang lain.
"Saya menggunakan tujuh jenis 'Herba Inggeris' untuk bahan perapan selama dua hari sebelum dipanggang.
"Bahan perapan kali kedua yang berbeza pula disapukan sewaktu kambing melalui proses memanggang, ini bertujuan membangkitkan lagi aroma daging agar lebih menyelerakan.
“Untuk pengetahuan kambing ini diimport 10 hari sebelum Ramadan dari negara Australia. Sememangnya tekstur dagingnya sangat lembut dan tidak berbau hamis”, katanya yang berpengalaman lebih 16 tahun dalam bidang masakan.
Selain kambing golek, sup tulang kambing juga menjadi menu ‘signature’ baharu di sini. Sup tulang kambing ini lebih lazat di makan bersama bubur lambuk. Begitu juga keranggupan cucur istimewa yang dimakan bersama sos.
Sebanyak 11 stesen langsung bersama 60 jenis hidangan akan disajikan untuk pengunjung, Antara menu utama yang menyelerakan ialah kari daging kentang, udang masak lemak nenas, ayam masak kalio, talapia masak kengsom Thai, kupang masak lemak cili padi, udang sambal cili kering dan lala masak singgang.
Bufet Ramadan yang bermula dari 7 April hingga 30 April 2022 ini hanya diadakan empat hari dalam seminggu iaitu Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Jumlah pengunjung terhad kepada 80 hingga 90 orang dalam satu masa. Waktu operasi 6.30 petang hingga 11.00 malam.
Harga yang dikenakan bagi dewasa ialah RM75.00 dan RM38.00 bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun.
Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Atilia (016-5469758), Calvin (016-5500573), Ellie (016-4125981) dan Lanny (016-5266676). - PERAKTASTIC.