Iftar Ramadan: Hotel Excelsior saji masakan ala kampung dan citarasa masakan Cina
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Makanan Minuman
- Hits: 621
Iftar Ramadan Ala Kampung, begitulah sajian istimewa Hotel Excelsior yang pastinya menjadi ‘port’ paling popular untuk berbuka puasa.
Selain persembahan makanan yang menyelerakan, citarasa menu warisan ibunda menjadikan tumpuan utama para pengunjung.
Perunding Hotel Excelsior, Mariana Abdul Hamid berkata lebih kurang 100 jenis menu akan disediakan setiap hari bermula 25 Mac hingga 20 April 2023.
“Citarasa masakan kampung menjadi pilihan utama di sini. Ia bukan sahaja dinanti-nanti oleh pengunjung muslim tetapi diminati juga pelbagai kaum lain.
“Bagi memeriahkan iftar Ramadan tahun ini, kami menggabungkan menu masakan cina yang pastinya akan lebih memberi lebih pilihan kepada pengunjung.
“Sentuhan tiga chef yang berpengalaman pastinya tidak akan mengecewakan nilai wang yang dilaburkan. Setiap hari kami menyajikan 100 jenis menu berasaskan 3 kumpulan menu berbeza, selain menu wajib iaitu Rendang Tok Perak, Ikan Patin Tempoyak, Bakso, Cucur Udang dan menu panggang,” katanya.
Tambahnya lagi, bagi memeriahkan suasana berbuka puasa, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan secara langsung setiap Jumaat dan Sabtu.
Untuk minggu pertama buffet akan diadakan di Dulang Coffee House dan pada minggu seterunya di Excelsior Ballroom tingkat 13A.
Promosi awal telah bermula sekarang dan berakhir pada 24 March 2023 pada harga RM65 sekepala. Promosi awal juga sah laku bermula 25 April 2023 sehingga 1 April 2023.
Bermula 2 hingga 20 April 2023 harga biasa bagi dewasa ialah RM80 sekepala, RM60 sekepala untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan RM48 sekepala untuk kanak-kanak 6 hingga 12 tahun.
Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Jeriner 012 5377880, Jeva 016 5269108, Syed 013 5244481 dan Eesya 018 7775540. - Peraktastic-