Ha Ha Ba Ba, Seafood Shell-Out & Kopi Cendol emmm.. YUMMY!!
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Makanan Minuman
- Hits: 720
Makanan laut ala ‘shell-out’ sememangnya menjadi trend masa kini. Mungkin ada teracari-cari di mana restoran yang terbaik untuk dikunjungi.
Restoran & Kafe Green Green, terletak di GreenAcres Retirement Village, Bandar Meru Raya selain seafood shell-out ia juga menyajikan sajian Cina Muslim yang menyelerakan.
Selain suasana yang tenang, jauh dari kesibukan bandar, restoran ini memberi pilihan kepada anda untuk memilih lima hingga ke lapan jenis makanan laut pada harga mampu milik.
Seafood shellout ‘ha ha Ba Ba’ bukan sahaja dari sumber laut yang segar malah bersaiz besar yang disediakan oleh cef berpengalaman.
Pengurus Restoran & Kafe Green Green, Jeff Lai berkata ‘ha ha Ba Ba’ menyediakan tiga pilihan istimewa shellout sempena Tahun Melawat Perak 2024 sekali gus meraikan sambutan Tahun Baru Cina.
“Ha ha Ba Ba adalah sajian untuk semua bangsa. Kami mengutamakan kesegaran makanan untuk mengekalkan keaslian citarasanya. Ia disediakan oleh cef melayu yang berpengalaman iaitu Nur Ayuni Safawati dan Mohd Hafizuddin.
“Selain itu, terdapat dua pilihan shell-out iaitu Western Shell-Out dan Vegetarian Shell-Out pada harga serendah RM88.00 hingga RM599 mengikut pilihan pakej.
“Untuk Seafood Shellout kita menyediakan lima atau lapan jenis makanan laut iaitu fish, crab,prawn, squid, mussel, lala, snail chisel dan prawn tempura.
“Western Shell-Out pula menyajikan menu Lamb chop, Grilled Chicken chop, Fish & Chips, BB burger, Spaghetti, Salads, Meet ball, Fried Chicken, Onion rings dan Sunny side up eggs.
“Sementara menu Vegetarian Shell-Out ialah Vege Fish, Vege Chicken, Vege prawn, Tofu, Braise mushroom Tomyam , Vege Zhai ngor dan Vege Cha Siew,” katanya.
Restoran ini boleh memuatkan sembilan buah meja bulat besar untuk 90pax pada satu masa dan 200pax untuk ruang dewan bersebelahan restoran ini. Berperasi setiap hari bermula 11.00 pagi hingga 10.00 malam.
Jeff Lai mengalu-alukan tetamu untuk menikmati sendiri keranggupan ikan siakap masak masam manis yang pastinya lazatb dimakan bersama nasi putih.
“Jangan ketinggalan juga merasi kesegaran dan kelazatan lala kukus limau, ketam dan udang goreng butter bersama gabungan paste adunan tersendiri cef kami, ia sangat berbeza dan istimewa daripada restoran lain.
“Orang ramai haruslah membuat tempahan awal untuk semua pakej yang disediakan bagi memastikan kualiti makanan dan masakan terjamin segar dan lancar.
“Kami sentiasa memastikan apa yang kami hidangkan menepati citarasa dan berbaloi dengan nilai wang anda,” tambahnya.
Kopi Cendol
Satu lagi produk paling istimewa di restoran ini ialah Kopi Cendol. Citarasa aroma kopi yang digambungkan dengan cendol, kacang merah, santan dan gula merah sememangnya boleh membuat anda teruja seketika kerana ia lain daripada yang lain.
“Kopi Cendol hanya terdapat di Green Green Restoran & Cafe sahaja. Aroma kopi asli yang dikisar dan digabungkan dengan bahan-bahan cendol sememangnya menyegarkan terutamanya di musim panas sebegini.
“Berani saya katakan, anda akan menyesal sekiranya masih belum merasai keunikan citarasamenu ciptaan kami ini. Inilah satu pengalaman baharu yang tidak akan anda temui di Perak selain di sini.,” katanya.
Untuk tempahan ha ha baba dan GGK CNY pakej bolehlah menghubungi 016 590 6635 - Olivia- Green Green Restorant. - PERAKTASTIC-