Mee Kari LWOT, Memang 'Nalarekek' !!
- Details
- Makanan Minuman
- Hits: 2004
Mee Kari LWOT antara hidangan paling ‘padu' di bandaraya Ipoh serta menjadi pilihan utama setiap pengunjung yang bercuti ke sini.
Menggunakan sentuhan pes kari yang diadun sendiri oleh chef berpengalaman, menghidu aromanya sahaja sudah membangkitkan selera dan keterujaan untuk menikmatinya.
Kuah karinya yang pekat bersama udang segar dan bebola ikan, lebih menyengat bila digaul bersama sambal sebagai penambah perisa.
Paling menyamankan apabila berpeluang menikmati mee kari berharga RM8.00 ini di Masina's Lakeside Terrace iaitu berhadapan dengan tasik dan gunung batu kapur.
Bagi mereka yang sukakan hot dog, terdapat 10 jenis pilihan, namun antara yang digemari ramai ialah Deutsche Doodle Dang, Malaysia, Chicago Beef dan Meatball Combo.
Pengunjung boleh menikmati keenakkan hot dog menggunakan sosej ayam atau daging bersama sos carbonara, sos lada hitam atau sos biji sawi.
Hot dogs ini disediakan dalam set kombo bersama minuman teh o ais limau atau jus oren berserta kentang putar atau ala carte.
Set kombo didatangkan dalam dua jenis iaitu Regular (RM14) atau Great (RM16). Manakala bagi ala carte, harga untuk regular (RM9.50) atau great (RM11.50).
Tidak lengkap kunjungan ke LWOT jika tidak mencuba cendol yang dicampur dengan santan sega dan gula melaka. Ais batu campur (ABC) juga tidak kurang hebatnya apatah lagi dinikmati di waktu musimpanas sekarang ini.
Harga bagi semangkuk cendol atau ABC ialah RM7.00 sahaja.
INFO
Lost World of Tambun
Masa Operasi : 11 pagi sehingga 6 petang setiap hari kecuali Selasa (masa operasi sepanjang PKPB)
Harga Tiket (bagi tempoh PKPB) :
Pemegang MyKad RM39 (Dewasa), RM32 (Kanak-kanak/Warga Emas)
Bukan Pemegang MyKad RM59 (Dewasa), RM49 (Kanak-kanak/Warga Emas).