IPOH – Bertemakan ‘Buka Puasa Ala Kampung’, The Haven All Suite Resort (The Haven Resorts) menyediakan lebih 50 hidangan utama, pembuka selera dan pencuci mulut yang sihat bebas daripada penggunaan perasa tiruan atau MSG untuk ‘gourmet’ bufet Ramadan kali ini.

Hidangan ‘signature’ yang wajib dinikmati adalah Itik Salai Masak Lemak Cili Padi (Negeri Sembilan) dan Sup Gearbox (Selangor).

Pilihan menu yang disediakan pasti akan mengimbau nostalgia pelanggan ketika berada di kampung halaman.

Antaranya termasuklah, Gulai Ikan Masin, Udang Sambal Petai, Sotong Tumis Saderi, Ayam Masak Merah, Daging Panggang Air Asam, Kambing Peratal, Nangka Muda Masak Lemak, Nasi Hujan Panas, Nasi Mandy, Bubur Lambuk dan Bubur Pulut Hitam.

Selain itu, masakan lain seperti Ayam Masak Kurma, Kari Daging dengan Kentang, Ikan Masak Asam Pedas, Tauhu Goreng Sambal, Pecal dan Rojak juga disediakan.

 

Idea kreatif bufet Ramadan yang disediakan Chef Eksekutif Mohammad Shamsul Azham dan pasukannya yang ini turut meliputi gerai dengan pelbagai juadah istimewa iaitu makanan Arab, sup, mee, panggang (ayam, daging dan ikan besama sos istimewa) dan gorengan (cucur ikan bilis, pisang goreng).

Pelanggan boleh menikmati juadah berbuka puasa berlatarbelakangkan bukit batu kapur dengan pemandangan tasik yang tenang dikelilingi kehijauan hutan semula jadi yang indah.

The Haven Resorts turut menyediakan kemudahan dewan mini bagi pelanggan melakukan solat tarawih berhampiran dengan restoran tersebut.

Sajian bufet ini akan bermula 16 April hingga 8 Mei dari jam 7 petang hingga 10 malam di The Haven Cuisines Speciality Restaurant.

Harga bagi bufet Ramadan ini adalah RM95+ (RM104.50 bersih) untuk dewasa manakala RM75+(RM82.50 bersih) bagi kanak-kanak dan warga emas. Bagaimanapun, potongan 20 peratus akan diberikan kepada pelanggan yang menempah 48 jam lebih awal.

Kanak-kanak di bawah enam tahun dapat menikmati hidangan secara percuma tertakluk kepada dua kanak-kanak diiringi dua dewasa berbayar.

Pelanggan yang menempah untuk tinggal di resort pada Ramadan ini dapat menikmati bufet Ramadan dan sahur secara percuma.

Untuk tempahan sila hubungi 05-5400 000 atau emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau layari laman sesawan www.thehavenresorts.com.