IPOH – Ramadan bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi dan persoalan yang sering timbul adalah dimanakah lokasi untuk berbuka puasa yang menyajikan hidangan enak serta menyelerakan.

Apa kata singgah di MUnch Café yang terletak di Aras M Hotel MU menyediakan lebih 50 jenis pilihan makanan terdiri daripada hidangan utama, pembuka selera, aneka kuih muih, pencuci mulut dan minuman.

Bertemakan ‘Citarasa Warisan Malaysia’, hotel ini mempertaruhkan hidangan ‘signature’ mereka iaitu Kupang Masak Lemak Cili Api, Ayam Masak Briyani Berkuah, Kambing Panggang, Sate Kambing dan Bubur Lambuk.

Selain itu, mereka turut menyediakan pilihan di gerai makan gorengan yang akan menghidangkan menu istimewanya Kuetiau Penang Style.

Kafe ini mampu menempatkan 80 pelanggan pada satu-satu masa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Pengarah Pemasaran Hotel MU, Lanny Lee berkata, hotel ini memfokuskan makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Katanya, bagi pelanggan yang ingin berbuka puasa di sini, mereka boleh membuat tempahan terlebih dahulu kerana bufet Ramadan ini hanya dibuka setiap Rabu sehingga Sabtu sahaja bermula 16 April sehingga 10 Mei.

“Bagaimanapun, pelanggan yang ingin mengadakan jamuan berbuka puasa pada hari Ahad, Isnin dan Selasa, mereka boleh berbuat demikian melalui tempahan,” jelasnya.

Kemudahan surau turut disediakan di aras yang sama dengan kafe berkenaan dan tempat parkir kereta juga tersedia di bahagian basement hotel.

Bufet Ramadan ini dibuka dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam dan harga bagi dewasa dan warga emas adalah RM60 manakala kanak-kanak (enam hingga 12 tahun) Cuma RM30 sahaja.

Untuk tempahan sila hubungi hubungi 016-546 9758 (Atilia) /016-526 6676 (Lanny).