Al Balad, Primadona Kaki Shopping
- Details
- Sheqal Danish
- Pelancongan
- Hits: 1803
JEDDAH - 'Kaki Shopping' pasti sinomin dengan bandar Al Balad yang sememangnya terkenal sebagai syurga membeli-belah.
Al Balad penjana ekonomi yang bukan membawa rezeki kepada anak watan tetapi peniaga-peniaga dari negara luar seperti India dan Bangladesh.
Jeddah merupakan sebuah Bandaraya Arab Saudi di pinggir Laut Merah. Ia adalah bandar kedua terbesar di Arab Saudi, selepas Bandaraya Riyadh.
Al Balad merupakan pekan lama yang menjadi tumpuan wajib para jemaah umrah dan haji kerana hampir keseluruhan barangan yang dijual pada harga borong.
Tidak hairanlah sekiranya peniaga hanya untung 1 atau 2 Riyal sudah memadai bagi mereka.
Ini kerana bekalan barang dagangan diperolehi dari pelabuhan berdekatan yang secara borong.
Namun kehadiran penulis ke bandar barakah ini menyaksikan ratusan permis-permis jualan masih ditutup kesan dari pandemik COVID-19.
Beralih kepada gerai-gerai jualan, bak kata pepatah tepuk dada tanya selera.
Semua yang dihajat boleh didapati cuma yang penting nilai Riyal dalam saku tidak kosong!.
Sekiranya anda peminat jubah, selain menjamu mata dengan pelbagai fesyen terkini, anda juga boleh menempah jubah dengan pilihan fabrik berkualiti tinggi.
Walaupun harga tempahan sepasang mencecah 300 Riyal tetapi ia mampu disiapkan dalam masa dua hari sahaja.
Begitu juga peminat kasut berjema seperti Skechers, Nike, Puma dan sebagainya pasti rambang mata membuat pilihan kerana harganya lebih rendah dari harga sebenar.
Barangan kemas, kain pasang, beg berjenama serta pelbagai lagi pasti hanya mampu mengigit jari si wanita sekiranya buget cukup-cukup makan!.
Sekiranya anda berkunjung ke sini pastikan 'ongkos' nya banyak.
Jika kekurangan ongkos pasti akan menyesal bila pulang ke tanah air hanya membawa kenangan.
Suasana di sini akan lebih meriah di sebelah malam dan harus diingatkan kemahiran tawar menawar harus ada pada diri anda bagi memastikan anda pulang dengan senyuman yang berbaloi.
Jangan ketinggalan juga menikmati makanan dari pelbagai citarasa dari negara lain seperti Indonesia, Pattani dan India.
Namun begitu jangan sekali-kali terlepas untuk mencuba roti arab, kebab, ais krim, jus mangga dan alvacodo bagi melengkapkan ke bumi barakah ini.