Lumut- Persidangan Pelancongan Marine Antarabangsa 2022 (PIMTC22) berjaya kenal pasti pelbagaikan permasalahan yang dihadapi oleh para pengusaha marin mahupun pelayar-pelayar antarabangsa.

Presiden Persatuan Pelancong Negeri Perak, Dato’ Mohd. Odzman Abdul Kadir berkata PIMTC2022 merupakan titik permulaan sebagai penyelamat kepada industri pelancongan marin negara khususnya di negeri Perak.

“Matlamat sebenar pengajuran PIMTC2022 ialah memperbincangkan segala permasalahan yang sebelum ini tidak disuarakan dan seharusnya diperbahasakan.

“Seramai tujuh orang speaker dari pelbagai jabatan telah menyampaikan ceramah berkaitan merin seperti pengawalan selia teknikal perkapalan, pelabuhan, pelaut, keselamatan pelayaran, pembangunan ekonomi sektor pelancongan marin dan pelbagai lagi.

“Sayab yakin, semua permasalahan mampu diselesaikan secara beransur-ansur sehingga satu hari nanti para pelayar antarabangsa tidak lagi menjadikan marina pangkor ini sebagai  ‘bypass’ atau jalan pintas untuk pergi ke Utara Thailand dan Selatan Sabah”, katanya sewaktu ditemubual oleh Ipoh Echo sejurus majlis pelepasan ‘Flag Off’ perahu layar antarabangsa di marina Island kelmarin.

Beliau menambah, hasrat menjadikan marina pangkor sebagai salah satu hub pelancongan merin adalah kerana kedudukannya yang strategik iaitu di pertengahan laluan pelayaran ke utara dan selatan.

“Pentadbiran yang baik serta kemudahan-kemudahan yang sempurna akan membantu para pelayar terutamanya dalam urusan-urusan berkaitan imigresen, undang-undang dan sebagainya.

“Tanggung jawab kita ialah untuk mengumpulkan rumusan-rumusan yang dibuat diakhir persidangan dan akan sampaikan kepada pihak kerajaan negeri dan kementerian, malah kepada pejabat perdana menteri untuk dipertimbangkan”, katanya. -PERAKTASTIC