Kong Heng Square terletak ditengah-tengah nadi bandaraya Ipoh sememangnya salah satu produk pelancongan yang wajib dikunjungi terutamanya di hujung minggu.

Inilah keistimewaan Kong Heng Square yang menyimpan seribu satu nostalgia di zaman penjajahan British menerusi bangunan-bangunan yang masih kekal sehingga kini.

Setelah dua tahun tempat ini sunyi sepi akibat kesan pandemik Covid-19, kini ia kembali menjadi tumpuan para pelancong dalam dan dari luar negara.

Paling  menarik perhatian di Kong Heng Square ini bukanlah barangan jualan atau makanan semata-mata, tetapi pengunjung boleh menikmati persekitaran klasik dan unik seperti berada di zaman 50an, 60an.

Struktur bangunan lama masih kukuh dan kekal tertamanya pada dinding dan jendela. Sesuatu kedamaian dapat dirasakan apabila berjalan-jalan di bawah rimbunan pokok-pokok bunga yang menjalar dan merimbun.

Setiap pengunjung yang datang selain singgah bersantai di cafe dan membeli cenderahati, mereka juga tidak melepaskan peluang bergambar disetiap sudut bangunan ini.

Kepada yang belum datang kesini, silalah bercuti bersama keluarga dan bergambar sepuasnya untuk dimuat naik ke media sosia andal!