Dolphin Kuala Sepetang
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 1283
Anda tidak perlu lagi ke luar negara seperti di Moray Firth UK, Bohol Philippines atau Iceland untuk menyaksikan kelicahan aksi ikan lumba-lumba (Dolphin).
Kini satu lagi produk pelancongan Taiping diperhebatkan iaitu menyaksikan ikan lumba-lumba yang pastinya menarik perhatian pelancong tempatan dan antrabangsa.
Pengembaraan bermula dengan menaiki bot dari Jeti Pusat Pelancongan Kuala Sepetang melalui laluan Sungai Reba seterusnya menyusuri ke perairan Kuala Sepetang dan Sungai Sangga yang mengambil masa sejauh 15km iaitu lebih kurang 30 minit.
Sepanjang laluan ini anda akan menyaksikan kehijauan rimbunan pokok bakau yang menjadi aset ekonomi penduduk setempat masa kini.
Laluan ini jugalah yang dahulunya termahsyur sebagai pelabuhan utama kapal-kapal pedagang membawa hasil bijih timah sekitar tahun 1880 .
Setibanya Perairan Kuala Sepetang dan Kuala Gula tanpa disedari kami dikejutkan dengan lompatan dolphin dari jenis Indo-Pacific humpback dolphins (Sousa chinensis) seolah-oleh menyambut kehadiran kami yang diketuai Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, Ahmad Husni Ahmad Basri.
Menurut pemandu kami, terdapat satu lagi spises dolphin iaitu Irawady Dolphin namun jarang diketemui.
Ahmad Husni berkata Kuala Sepetang mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan tempatan.
"Aktiviti melihat dolphin dan burung helang telah menjadi tarikan utama pelancongan ke sini. Saya percaya produk ini akan membantu menarik para pelancongan sempena tahun melawat Malaysia 2020", katanya.
Program Northern Perak Eco Visit Malaysia 2020 Expedition 4-6 Desember 2019 anjuran sepenuhnya Tourism Malaysia Perak, disertai media Perak agen pelancongan dan bloger. Program ini menumpukan pelbagai produk pelancongan utama Taiping Bandar Warisan.
Kepada yang berminat menyaksikan pengalaman melihat Dolphin dan burung helang di Kuala Sepetang ini bolehlah menghubungi Jusri - 012-631 6132.