RM250,000 Naik Taraf Pekan Slim
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 619
SLIM: Pusat perniagaan Ladies Lane dan beberapa kemudahan lain di Pekan Slim bakal di naik tarafkan bagi menjamin keselesaan urusan perniagaan dan para pelancong.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, selain memberi keselesaan kepada penduduk tempatan, ianya akan menarik lebih ramai pelancongan untuk berbelanja di pekan itu.
“Dengan adanya Ladies Lane yang dianjurkan pada hujung minggu dan juga tarikan-tarikan lain akan membawa pelancong-pelancong bersantai dan berbelanja di Pekan Slim.
“Diatas tujuan tersebut Kerajaan negeri Perak meluluskan peruntukan RM250,000 untuk tujuan menaik taraf. Setelah semua kerja-kerja naik taraf siap diharapkan dapat membantu taraf ekonomi penduduk dan sekali gus menjadi salah satu produk pelancongan yang menarik.
Ladies Lane melibatkan 30 usahawan wanita di samping 20 usahawan trak makanan. Aktiviti perniagaan makanan ini sebanarnya mempunyai keistimewaan sendiri dan mampu menarik ramai pelancongan untuk mencuba pelbagai menu makanan yang menyelerakan”, katanya.