Batu Gajah- Cosplay ataupun ‘pertunjukan kostum’ merupakan persembahan seni yang mengenakan kostum dan aksesori yang menyerupai pelbagai watak animasi.

Antara watak-watak cereka yang sering menjadi sasaran pengkaryaan ialah Batman, Spiderman, kamen Rider Zangetsu, Naruto dan lain-lain lagi.

Pengarah Urusan Kellies Castle, Zamari Muhyi, sekali lagi mengenegahkan bakat-bakat seni anak Perak dalam menghasilkan cosplay sempena sambutan kemerdekaan ke-63 ini.

“Matlamat pengajuran program ini ialah untuk mengenengahkan bakat-bakat besar  anak Perak yang mempunyai potensi dalam rekaan cosplay.

“Kita mewujudkan ‘Komuniti Cosplay Perak @ Cosplay Perak Bangkit’ sebagai inisiatif yang boleh menjana pendapat serta mampu menjadi tarikan pelancongan di negeri Perak,” katanya ketika ditemui di majlis Cosplay Merdeka @ Malaysia Prihatin 2020 di Kellie’s Castle baru-baru ini.

Seramai lapan orang peserta mengambil bahagian mempersembahankan rekaan cosplay masing-masing.

Syed Zulhilmi Syad Sharuddin, 24, dari Tronoh, antara peserta yang mengambil bahagian berkata menghasilkan cosplay mampu mengambalikan zaman kanak-kanaknya.

“Sejak kecil saya sangat meminati cerita animasi terutamanya watak Kamen Rider. Saya mahu berkongsi kegembiraan dan merasa satu kepuasan apabila melihat keterujaan kanak-kanak bergambar bersama cosplay saya.

“Hari ini saya mengenengahkan cosplay Batman. Ternyata ianya mendapat sembutan dari pengunjung yang berbilang bangsa. Pengajuran program ini merupakan penghargaan besar kepada kami dan secara tidak langsung membantu memeriahkan aktiviti promosi di Kellie’s Castle.

Saya berhasrat suatu hari Team Shichibukai Cosplay Perak mampu mewakili Malaysia ke pringkat yang lebih jauh. Kami mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin tampil mengenengahkan bidang ini, kami sedia memberi kerjasama yang terbaik,” katanya.

Sementara itu Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, Razlif Ramli turut hadir bersama keluarga memberi sokongan moral kepada semua peserta.