Sunway Lost Of Tambun ditutup 14 hari - KKM syaki salah seorang pengunjung dijangkiti Covid-19
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 989
IPOH- Taman tema air Sunway Lost World Of Tambun (SLWOT) ditutup sementara waktu atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Arahan tersebut kerana salah seorang pengunjung SLWOT disyaki dijangkiti virus Covid-19.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh SLWOT hari ini penutupan itu juga melibatkan penginapan hotel SLWOT.
Penutupan berkuatkuasa selama14 hari bermula 13 Oktober hingga 26 Oktober 2020. D
alam tempoh itu pihak pengurusan SLWOT akan menjalan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi keseluruh taman teman dan hotel.
Difahamkan juga KKM telah melakukan pengesanan kontak kepada semua kontak rapat yang berpotensi.
Pihak pengurusan SLWOT berharap orang ramai kekal bertenang serta memberi kerjasama dengan KKM bagi mengatasi masalah ini.