SOP Kami Tahap Tertinggi - Calvin Ho -Sunway Lagoon & Lost World Of Tambun dibuka semula hari ini.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 1068
Selangor, 19 Disember- Taman Tema Sunway Lagoon (STP) dan Lost World Of Tambun (LWOT) beroperasi kembali dengan menghidang pelbagai program menarik yang menghiburkan.
Pengarah Eksekutif STP, Calvin Ho berkata pembukaan kedua-dua taman tema ini, beberapa program menarik telah diatur sempena perayaan Krismas, cuti sekolah dan tahun baru.
"Kita akan melancarkan program Season's Screaming di STP dan Pengembaraan Pirate di LWOT. Melalui kedua-dua program ini pengunjung pastinya akan merasai pengalaman baru yang menyeronokkan terutamanya yang datang bersama keluarga.
"Sepanjang dua bulan lebih kedua-dua taman tema ini ditutup kerana pandemik Covid-19. Dalam tempoh itu kerja-kerja sanitasi di seluruh taman tema telah dilakukan dengan terperinci.
"Kami memastikan tahap kebersihan dan keselamatan pengunjung adalah terjamin termasuklah kakitangan kami yang dilatih untuk menepati Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan SOP tambahan kami", katanya pada media selepas pelancaran program Season's Screaming di Sunway Lagoon, di sini, hari ini.
Menurut Calvin Ho, bagi memastikan tahap kualiti kolam air sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat, ujian kebersihan akan dilakukan setiap dua jam sekali. Begitu juga di bahagian permainan akan dilakukan sanitasi setiap kali selesai permainan.
"Kita berharap pembukaan kedua-dua taman tema ini dapat membantu memulihkan ekonomi negara yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19.
"Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan pusat yang telah memberi kelonggaran bagi pembukaan semula sektor pelancongan yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam", ujarnya -Peraktastic