IPOH - Orang-orang 'Kuale' yang sedang mengintai peluang kerja khususnya golongan belia dipelawa hadir pada Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Kuala Kangsar 2023 esok.

Karnival kerjaya ini akan diadakan di Dewan Chandan Putri bermula pukul 11 pagi.

 

IPOH - Cadangan untuk menempatkan semula penjaja tepi jalan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Padang Polo mendapat reaksi positif orang ramai yang mahu isu kesesakan di situ ditangani.

Walaupun kehadiran penjaja ini memeriah dan menghidupkan persekitaran taman rekreasi itu, namun ia perlu diuruskan secara teratur.

IPOH: Meskipun berdepan dengan pelbagai rintangan ketika melawan kanser, namun ketabahan para pejuang kanser wajar diberikan penghormatan.

Perkongsian beberapa orang pejuang kanser dalam kalangan wanita di sini, hari ini sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada umum.

IPOH: Kerajaan negeri akan memperhalusi cadangan untuk meletakkan mesin layan diri tuala wanita di kawasan strategik,khususnya di sekolah rendah bagi membasmi isu kemiskinan haid secara tuntas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Salbiah Mohamed berkata, keperluan untuk disediakan tuala wanita lebih tertumpu di sekolah rendah, di mana pendedahan tentang perkara itu masih belum meluas.

IPOH - Bermula secara kecil-kecilan, usaha Hamidah Sulaiman menjalankan perniagaan makanan sejuk beku kini mencipta kejayaan apabila produknya dikenali.

Jenama Idda's Frozen bukan lagi asing, malah produk sejuk beku yang dihasilkan turut dijual sehingga di luar negeri Perak khususnya di utara Semenanjung.