Ipoh: Selepas Wedding Of The Year di antara Jiwang dan Juwita pada April tahun lalu, kini Taman Tema Air Lost World Of Tambun (LWOT), meraikan Majlis Berendoi ‘Jaguh’, anak pertama pasangan badak air tersebut.

Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks, Calvin Ho berkata ‘Jaguh’ yang dilahirkan pada 18 Jun 2022 lalu, bakal menjadi tarikan baharu LWOT terutamanya pada musim cuti sekolah yang akan datang.

 Lumut- Program Lumut Merdeka Swim 2022 (PLMS 2022) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 bakal memeriahkan sektor pelancongan negeri disamping memberi manfaat serta mampu melonjakkan ekonomi penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Nolee Ashilin Dato' Mohamed Radzi berkata LMS 2022 membawa mesej simbolik iaitu ‘swim away from Covid-19’ sepertimana negara kini semakin pulih dari ancaman Covid-19.

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak telah merampas 50 set bubu naga di kedudukan 2.7 batu nautika barat Tanjung Hantu, sekitar jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang melakukan rondaan Op Pintas dan Op Sayong telah mengesan kewujudan bubu naga di sekitar kawasan berkenaan.

IPOH: Pemilik tanah di lokasi batu granit porfiritik di Gunung Bujang Melaka, Kampar terbuka dengan cadangan menjadikan kawasan unik itu sebagai satu lagi geotapak di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata maklum balas positif itu diperoleh setelah perjumpaan diadakan bersama pihak berkaitan dan pemilik tanah di lokasi terbabit.

IPOH - Peniaga dan penyewa premis perniagaan di Jalan Pengkalan Barat off Jalan Pasir Puteh di sini boleh menarik nafas lega apabila aduan tentang longkang tersumbat mendapat perhatian.

Ia susulan kerja-kerja membersihkan longkang yang telah dijalankan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta pihak vendor dilantik.