IPOH- Bandar Taping yang juga dikenali sebagai Bandar Warisan bakal dibanjiri ratusan tetamu luar negara bagi menyaksikan Festival Global Taiping dan Pertandingan Tarian Singa 2022.

Festival yang julung kali diadakan itu, bakal disertai lebih 500 orang peserta dari beberapa negara di Asia Tenggara.Ketua Eksekutif Tourism Perak, Nur Malis Musa berkata kehadiran para peserta itu akan memainkan pelbagai peranan antaranya penghakiman, pengawai, peserta mempersembahkan tarian singa dan sebagai tetamu.

IPOH: Kerajaan negeri Perak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda badminton negara, Datuk Ng Boon Bee yang meninggal dunia pada usia 84 tahun semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed berkata pemergian legenda badminton itu dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya Perak.

MANJUNG - Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh.

Peribahasa ini tepat bagi menggambarkan pertolongan ikhlas yang dihulurkan terhadap pasangan suami isteri yang berdepan kesusahan oleh Ketua Serikandi Bersatu Bahagian Lumut,
Norhaslinda Zakaria.

IPOH: Pengalaman perit lebih setahun dipaksa bekerja sebagai scammer di Kemboja, menjadikan lelaki ini lebih berhati-hati dengan tawaran iklan kerja bergaji lumayan.

Mangsa sindiket scammer atau penipuan atas talian, Lee Kar Meng, 32, berkongsi kisah sebenar kepada pemberita hari ini selepas dapat pulang semula ke Malaysia semalam.

TELUK INTAN: Seorang Ketua Jururawat di sebuah hospital di sini kerugian RM16,000 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semalam.

Mangsa berumur 47 tahun itu menerima panggilan kira-kira jam 1 petang semalam, kononnya mereka dari pihak LHDN dan mendakwa wanita itu mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM200,000.