IPOH: Penyerahan tong sampah beroda 120 liter secara percuma diteruskan di Taman Tasek Mewah, di sini hari ini.

Serahan dari rumah ke rumah itu merupakan lokasi ke-26 yang membabitkan 645 unit premis rumah kediaman.

IPOH: Pertubuhan Jalinan Insan Prihatin Batu Gajah (JIP) menerima sumbangan sebuah van Toyota Hiace baru-baru ini bagi meneruskan kerja-kerja amal kebajikan di sekitar Perak.

Pengerusi JIP, Muhammad Don Abdul Rahman ketika dihubungi berkata penyerahan sumbangan van tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya (YBU), Datuk Ismail Safian di Pusat Jualan Toyota, Jalan Kuala Kangsar di sini.

 

Taiping- Strategi penyusuan susu ibu secara ekslusif mampu memperbaiki status pemakanan dan keselamatan makanan kepada bayi dan kanak-kanak kecil dalam fasa selepas-pendemik.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Noor Azmi Ghazali berkata peranan semua pihak amat penting bagi menggalakan ibu-ibu meneruskan penyusuan bayi secara eksklusif.

IPOH: Perkhidmatan surau bergerak yang dilancarkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sejak Mac lalu diyakini memberi banyak manfaat kepada orang ramai untuk menunaikan ibadah.

Kemudahan bas yang berfungsi sebagai surau itu juga dilihat memberi ruang kepada para peniaga beragama Islam khususnya, untuk mendirikan solat di lokasi tertentu.

IPOH: Selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) di bandar raya ini, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berperanan penting dalam merancang serta melaksanakan pelbagai program bagi memenuhi keperluan penduduk.

Amanah itu selaras dengan penghayatan sambutan Maal Hijrah yang menuntut penghijrahan ke arah lebih baik, di samping melakar kecemerlangan dunia dan akhirat.