IPOH - Pertandingan Urban Farming Community 2021 yang julung kali dianjurkan oleh PPPNP dengan kerjasama MBI dan Jabatan Pertanian Negeri Perak ini merupakan satu penghargaan ke atas usaha komuniti ke arah membekalkan sumber makanan sihat kepada penduduk setempat.

Program yang berkonsepkan self-sustain ini juga secara tidak langsung dapat mengurangkan kos sara hidup sekaligus menjana pendapatan tambahan kepada sesebuah komuniti itu apabila lebihan hasil tanaman dijual kepada masyarakat luar.

IPOH - Usaha untuk membantu pelajar-pelajar dalam kalangan keluarga B40 di negeri Perak diteruskan pihak Infrastructure University Kuala   Lumpur (IUKL) apabila seramai 1,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dipilih mengikuti sesi bimbingan menerusi Program ‘Empower NCER-Akademik’.

IUKL diberi kepercayaan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk melaksanakan program tersebut bagi menggilap kecemerlangan akademik para pelajar.

Negeri Perak negeri yang bertuah ini mempunyai 5 jenis dialek atau loghat yang utama iaitu loghat Utara, loghat Patani, loghat Kepulauan Indonesia, loghat Selatan Semenanjung dan loghat Lembah Sungai Perak.

Oleh kerana negeri Perak ini mempunyai sempadan dengan negeri lain, maka ia tidak dapat lari daripada menerima pengaruh loghat negeri lain.

TELUK INTAN - Satu keluarga yang kediaman mereka dinaiki air akibat limpahan banjir di Lorong Kedah, Kampung Changkat Jong  berjaya diselamatkan dengan bantuan pihak bomba, di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.02 pagi.

KUALA LUMPUR - Kami hanya akan menjual saham Perak FC kepada individu atau syarikat berkemampuan saja.

Itu penjelasan Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) Datuk Muhammad Yadzan Mohammad terhadap dakwaan yang mengatakan beliau antara individu yang menyebabkan perbincangan penjualan saham Perak FC bersama Kopa Arena menemui jalan buntu.