- Details
- Rubiah Nordin
- Komuniti
- Hits: 932

IPOH – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mengambil inisiatif membantu keluarga Encik Azidi Sudin yang menetap di Kampung Sri Aman, Menglembu, di sini yang hidup dalam serba kekurangan.
Azidi berusia 53 tahun berstatus asnaf dibantu dari pelbagai sudut seperti bantuan pembinaan tempat tinggal iaitu dibawah Program Inspirasiku MyHAUS berjumlah RM40,000.
Read more: YaPEIM, MAIPk Bantu peniaga pisang goreng menerusi Program Inspirasiku MyHaus
- Details
- Rubiah Nordin
- Komuniti
- Hits: 1292

IPOH - Bandaraya Ipoh bakal dibangunkan sebagai kluster pelancongan yang menglibatkan empat buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Majlis Daerah Kampar dan Majlis Daerah Batu Gajah.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan & Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 telah meletakkan Bandaraya Ipoh sebagai ibu negeri Perak dan Pusat Wilayah Negeri yang bukan sahaja berfungsi sebagai Pusat Pentadbiran Negeri, tetapi juga dibangunkan menjadi sebuah bandaraya pelancongan bertaraf dunia.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 846
KAMPAR - Sebuah kilang papan di Jalan Kelar, Mambang Diawan dekat sini musnah sebahagiannya dalam kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.39 pagi.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1218
KUALA LUMPUR - Seramai sembilan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah Negeri Perak (PUHAZ) berlepas ke Tanah Suci Mekah hari ini, bagi melaksanakan pemeriksaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Setiausaha PUHAZ, Abdul Jabbar Mohammed Kahar berkata, lawatan ini sempena pengumuman pembukaan pintu masuk ke negara tersebut untuk ibadah umrah selepas ditutup dalam tempoh lama akibat pandemik Covid-19.
- Details
- Rubiah Nordin
- Komuniti
- Hits: 806

KUALA LUMPUR - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dilantik menjadi Rakan Usahasama Art In The City 2021.
Acara yang menyajikan pelbagai program seni yang menarik seperti forum, kelas seni, dialog, pelancaran produk seni, festival, serta pameran telah diadakan di Kuala Lumpur serta beberapa lagi lokasi di seluruh negara, bermula 14 Oktober lalu sehingga 28 Disember ini.





