Gopeng - Proven Optimisation Innovative Solutions (POIS) memperuntukan sebanyak RM3.0 juta bagi penjenamaan semula Taman Herba Gopeng yang telah dimulakan pada tahun 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Dato’ Zainol Fadzi Paharudin berkata taman herba milik Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) itu telah melalui fasa pertama dan bakal siap sepenuhnya pada tahun 2022.

IPOH - Hari ini merupakan hari yang paling bermakna kepada seorang penjual buah-buahan, Yip Foong Yin, 70 atau lebih dikenali sebagai 'Uncle Yip' , apabila dia telah menerima sebuah basikal yang diserahkan sendiri oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud .

Kepayahan hidup 'Uncle Yip' telah disedari oleh Ahli Majlis MBI, Clr. Richard Ng menerusi program MBI pada Julai lalu.

IPOH- Lukisan mural sepanjang 24.38 meter  mencuri perhatian pengunjung di Karnival Palestin yang membawa tema ‘Antara Perjuangan & Air Mata’.

Sebanyak 20 buah mural dipamirkan dan setiap satunya berukuran 1.22 meter x 2.44 meter. Ia  dihasilkan oleh  10 orang pelukis tempatan yang berbakat besar.


MANJUNG - Satu kemalangan antara sebuah kereta Perodua Kancil dengan lori tanah di Jalan Kampung Gelung Gajah, Bakar Batar dekat Ayer Tawar di sini pagi tadi menyebabkan seorang bayi berusia 14 hari meninggal dunia.

Dalam kejadian berkenaan, kereta Perodua Kancil itu dinaiki enam sekeluarga termasuk bayi berkenaan.

GERIK - Tiga maut manakala dua cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 64 Lebuh Raya Timur Barat dekat kawasan Rehat dan Rawat Titiwangsa di sini petang tadi.

Kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dan Perodua Axia.