Putrajaya: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Remaja (PICK-Remaja) di seluruh negara telah berjaya melepasi sasaran 60% vaksinasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat 5 Oktober 2021, seramai 1,967,549 (62.5%) remaja 12 – 17 tahun telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.

”Ini merupakan pencapaian yang amat memberangsangkan dalam tempoh 14 hari semenjak PICK- Remaja dirasmikan pada 20 September 2021.

”Jumlah penerima dos 1 ini termasuklah 343,231 (90.9% ) remaja 16 tahun dan 344,933 (92.8% ) remaja berusia 17 tahun yang bersekolah.

”Tahniah diucapkan kepada pasukan pelaksana Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Bahagian Pendidikan Majlis Amanah Rakyat, Angkatan Tentera Malaysia dan agensi– agensi yang terlibat, khususnya ibu bapa dalam memastikan anak remaja dilindungi,” kata kenyataan itu.