KUALA LUMPUR - Cadangan untuk menaikkan had umur persaraan perlu diperhalusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi pelbagai aspek termasuk peluang pekerjaan masa hadapan.

Had umur persaraan penjawat awam ketika ini adalah 60 tahun.

Cadangan itu perlu dilihat secara holistik termasuk mengambil kira ada setengah juta pelajar yang menamatkan pengajian setiap tahun di kolej dan universiti.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman berkata, Bank Dunia ada mencadangkan menaikkan had umur persaraan secara berperingkat-peringkat.

Katanya, ia berdasarkan tahap kesihatan yang semakin baik dan masih ramai yang boleh berkhidmat selepas umur 60 tahun.

"Cadangan menaikkan had umur persaraan itu perlu juga mengambil kira keadaan ekonomi yang berkembang dengan baik termasuk peluang-peluang pekerjaan sedia ada.

"Apa pun ia perlu dilihat semula, terpulang kerana terdapat setengah juta pelajar yang keluar daripada IPT setiap tahun,” katanya.