KUALA LUMPUR - Perak dengan 2.51 juta penduduk tersenarai dalam lima negeri yang paling ramai penduduk di Malaysia.

Negeri yang paling ramai penduduk ialah Selangor dengan 6.5 juta, malah negeri itu juga adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang sentiasa ingin maju ke hadapan.

Sabah yang mempunyai 3.8 juta penduduk berada pada kedudukan kedua diikuti Johor dengan 3.7 juta,Sarawak (2.8 juta) dan Perak.

Demikian menurut laporan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merujuk pada Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia 2021.

Terdapat beberapa faktor negeri-negeri tertentu di Malaysia mempunyai lebih ramai penduduk daripada yang lain.

Antaranya pendidikan, peluang pekerjaan, tahap urbanisasi dan kualiti hidup.

Data DOSM juga menunjukkan jumlah terkini penduduk Malaysia kini seramai 32.7 juta orang dengan warganegara adalah 30 juta.

Berdasarkan laporan itu, jumlah penduduk Malaysia meningkat 0.2 peratus daripada tahun sebelumnya iaitu seramai 32.6 juta walaupun negara dilanda pandemik.