SHAH ALAM - Perbuatan menconteng menggunakan kata-kata kesat di atas lukisan mural gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noorhisham Abdullah, serta beberapa pemimpin lain baru-baru ini mendapat kecaman hebat dari nelltizen sebagai perbuatan yang sangat biadab.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengambil tindakan segera memadam sepenuhnya lukisan mural yang terletak di Seksyen U12 itu.

Menurut satu laman portal melaporkan dua orang wanita telah dikesan melalui rakaman litar tertutup (CCTV).

Video berdurasi 2:20 minit ini dikongsikan seorang pengguna Twitter.

Rata-rata komen netizen terkejut apabila mengetahui pelaku terbabit adalah wanita dan berharap agar pihak berkuasa dapat mengesan dan memberi hukuman setimpal atas perbuatan mereka.

Insiden tersebut masih dalam siasatan dan pihak polis sedang giat memburu pelaku yang tidak bertanggung jawab itu.

Mural berkenaan telah dilukis oleh tiga pelukis muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27; Muhamad Firdaus Nordin, 26; dan Abdul Hadi Ramli, 27, dihasilkan untuk menghargai pemimpin dan petugas barisan hadapan negara.

Kesemua pelukis tersebut melahirkan rasa kesal di atas perbuatan yang tidak bermoral dan menyifatkan ia perbuatan yang amat memalukan negara.