Kuala Kangsar: Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ke-10 merupakan antara 10 pemimpin yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Perak hari ini.

Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan berlangsung di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini.

Berangkat sama dalam istiadat itu ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah.

Empat daripada Exco yang dilantik adalah daripada Pakatan Harapah (PH) iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) A. Sivanesan (Sungkai); Loh Sze Yee (Jalong); Teh Kok Lim (Aulong) dan Woo Kah Leong (Pasir Bedamar).

Tiga Exco yang dilantik seterusnya ialah Sungai Rapat, Dato' Seri Ir Dr Mohammad Nizar Jamaluddin (Amanah); Teja, Sandrea Ng Shy Ching (PKR) dan Tualang Sekah, Mohd Azlan Helmi Helmi (PKR).

Sementara tiga lagi Exco yang dilantik daripada Barisan Nasional (BN) ialah Dato' Mohd Zolkafly Harun (Lintang); Salbiah Mohamed (Temengor) dan Khairudin Abu Hanipah (Belanja).

Kesemua mereka kemudian menandatangani surat sumpah dengan disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Semalam, Saarani telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-15 selepas BN dan PH bersetuju menjalin kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri di Perak.

Bagaimanapun, portfolio semua Exco berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

-PERAKTASTIC-