IPOH - Sempena sambutan kemerdekaan ke-63, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberi pengurangan kompaun parkir sebanyak 30 hingga 50 peratus. 

Berita baik itu telah diumumkan oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin pada 10 Ogos lalu. 

Pengurangan kompaun secara automatik boleh dibuat di kaunter pembayaran MBI namun ia tertakluk kepada beberapa perincian seperti berikut:

Untuk diskaun 50 peratus, pembayaran harus dibuat dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan.

Pembayaran kompaun mestilah dalam tempoh 15 hari dan selepas 7 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan bagi diskaun 40 peratus. 

Sementara itu, diskaun 30 peratus diberi tempoh pembayaran 30 hari dan selepas 15 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan.

Bagi kompaun-kompaun yang melebihi 30 hari, pengurangan tersebut hanya boleh diperolehi di Pejabat Penasihat Undang-Undang, Tingkat Dua, Bangunan MBI, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh.