IPOH - Akhirnya 'Makcik gelang pink' akur dengan keputusan Mahkamah Majistret hari ini yang menjatuhkan hukuman penjara selama sehari dan denda RM8,000.

Majistret Nabihah Mohd. Noor menjatuhkan hukuman ke atas Nur Emah Mohamad Hashim, 72, berikutan pertuduhan keingkarannya mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian yang telah ditetapkan.

Nur Emah mengaku bersalah diatas tuduhan tersebut di Hanaz Cafe, Halaman Meru Permai di sini pada pukul 8 pagi 6 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawasan Penyakit Berjangkit 1988 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24(a) akta sama yang boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Ahmad Fakurazi Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Jika tertuduh gagal membayar denda, dia akan dikenakan penjara tambahan selama enam bulan. Tertuduh membayar denda berkenaan.

End//