IPOH - Pengurus Besar Lost World Of Tambu (LWOT), Nurul Nuzairi menawarkan pakej keluarga khusus untuk warga Perak berharga serendah RM340.

Menurutnya kad tahunan SLWOT serendah RM0.80 sehari tanpa had selama 365 hari dari jam 6.00 petang - 11.00 malam itu bakal mendapat sambutan khasnya warga Perak.

"Orang ramai boleh membeli pas tahunan itu bermula dari 28 - 31 Ogos 2020 di kaunter keahlian di sini.

"Nikmati promosi dalam talian Merdeka Beli 2 Percuma 1 promosi. Promosi dalam talian ini bermula pada 24 Ogos 2020 - 4 September 2020 dan urusan pembelian tiket boleh dilakukan di laman web rasmi www.sunwaylostworldoftambun.com," katanya.

Sementara itu, lebih 100 orang penunggang motosikal vespa menyertai Merdeka Vespa Ride 2020 sempena perayaan Hari Kebangsaan ke 63.

Kunjungan para peserta ke Lost World Of Tambun (LWOT) itu juga bersempena pelancaran model baru Vespa Sei Giorni II Ediition.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri Perak YB Khairul Shahril Mohamed berkata program ini menunjukkan semangat petriotik dan perpaduan yang lahir dari kesemua peserta.

"Kita telah mengecapi kemerdekaan sejak 63 tahun lalu. Namun kemerdekaan tahun ini kita raikan dalam suasana norma baru dalam memerangi pendemik Covid-19.

"Saya berharap kita juga akan merdeka dari ancaman Covid-19. Tema Malaysia Prihatin menyeru rakyat bersatu hati memerangi Covid-19 sehingga jayanya," katanya kepada media selepas menungang vespa bersama-sama peserta.

Maklumat dan pertanyaan berhubung pas tahunan pakej keluarga , bolehlah menghubungi di talian 05-5428888.