IPOH, 15 DIS : Lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak atau Exco dan sekaligus melengkapkan sepuluh orang Exco Kerajaan Negeri Perak.

Majlis angkat sumpah yang dilangsungkan secara ringkas dihadapan DYMM Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Nadzrin Shah di Istana Kinta, di sini, sebentar tadi.

Menurut kenyataan Menteri Besar Perak, Dato' Saarani Mohamad lima orang Exco itu ialah ADUN Changkat Jering, YB Ahmad Saidi Mohd Daud; ADUN Kuala Kurau, Dato ' Abdul Yunus Jamahri; ADUN Tualang Sekah, Dato' Nolee Ashilin Mohammed Radzi, ADUN Semanggol Razman Zakaria dan ADUN Selama, Mohd Akmal Kamaruddin.

"Untuk portfolio Exco yang dilantik, saya akan mengambil sedikit masa bagi kerana ada sedikit pertukaran disebabkan kehadiran Exco Dato' Zainol Fadzi.

"Saya akan meneliti kesesuaian individu Exco yang terpilih dan kemungkinan saya akan umumkan pada rabu depan", ujarnya.

Terdahulu pada 10 Disember lalu lima ADUN telah dilantik sebagai Exco iaitu ADUN Sungai Manik , Dato’ Zainol Fadzi Paharudin; ADun Lintang, Dato’ Mohd Zokafly Harun; ADun rungkup, Dato’ Shahrul Zaman Yahya; ADUN Kampung Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin dan ADUN Bota, Encik Khairul Shahril Mohamed.