IPOH- Platform pendidikan digital memberi impaks positif dalam membantu melahirkan modal insan yang berkualiti dan meningkatkan produktiviti.

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin berkata pendidikan digital yang dikemukakan oleh TAJ International College (TIC) membolehkan mereka yang terlibat mengikuti pelbagai program ditawarkan tanpa menganggu tanggunjawab kerja yang diamanahkan.

“Learning Management System TIC Digital” memudahkan pekerja perkhidmatan kerajaan dan separa kerajaan belajar secara maya dan pemantauan kualiti pendidikan.

“Kerjasama TIC, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan agensi lain ini menjurus kepada pembangunan sumber manusia bagi pekerja pada tahap Sijil, Diploma dan Ijazah serta program-program “Upskilling,” katanya sewaktu berucap sempena Majlis Kolaborasi TIC Bersama Rakan Agensi Kerajaan & Swasta Untuk Perlaksanaan Smart Education, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Bandaraya, Zuraina binti Kamarul Ariff, Pengasas TIC, Dato' Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Pengerusi Eksekutif TIC, Tina Tajuddin.

Menurut Rumaizi MBI juga turut merangka pendigitalan pelbagai aplikasi dan platform demi kemudahan wargakota Ipoh melalui laman web sebagai medium komunikasi antara MBI dan pelanggan secara atas talian.

“MBI turut mengadaptasi trend Revolusi ICT melalui pelbagai saluran untuk membantu pelanggan menyelesaikan urusan diluar waktu pejabat seperti e-License, OSC Online MBI, MyBiz@MBI dan sebagainya.

“Konsep Smart Education yang dilaksanakan oleh TIC ini juga bertepatan dengan aspirasi MBI dan saya juga yakin ianya juga sesuai kepada penjawat awam dalam era mencabar pada masa kini,”katanya.

Sementara itu Tuna Tajuddin berkata TIC memberikan peluang pembiayaan pendidikan dengan konsep pembayaran tanpa faedah serta potongan gaji dengan harapan agar tidak membebankan staf perkhidmatan agensi-agensi terbabit.

“Selain itu, TIC juga mengalu-alukan pelajar lepasan SPM untuk berdaftar melalui keputusan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).