IPOH- Penganjuran program  WOWCUTI  selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Mac 2021 merupakan inisiatif bagi  melonjakkan semula industri pelancongan di Negeri Perak.

Program anjuran WOWCUTI yang disokong oleh Tourism Malaysia Wilayah Utara (TMWU) bersama  25 orang penggiat industri pelancongan dari Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis ke Negeri Perak mendapat perhatian dari perbagai pihak setelah pemandu bas berkenaan disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Dato’ Nolee Ashilin Dato’ Mohammed Radzi berkata program tersebut menggunakan agensi pelancongan di bawah garis panduan Gelembung Pelancongan (Travel Bubble) itu telah mendapat kelulusan permit perjalanan rentas negeri daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di atas urusan rasmi.

“Menurut kenyataan, pemandu bas yang membawa peserta-peserta program itu didapati positif Covid-19 semasa melakukan swab test di klinik Kesihatan Kampar pada 29 April 2021 bagi tugasan beliau seterusnya yang mana beliau dijadualkan membawa kumpulan peserta lain ke Genting Highland.

“Pengesanan awal ini menyebabkan kesemua peserta yang terlibat semasa program berkenaan telah dihubungi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar menjalankan swabtest Covid-19.

"Kesemua peserta program itu didapati ‘nagetif’ setelah melakukan ujian saringan namun diarahkan melalui prosedur kuarantin di Ulu Kinta bermula 29 April hingga 8 Mei 2021 serta perlu melakukan swab test yang kedua pada 6 Mei 2021,” katanya dalam satu kenyataan rasmi Tourism Perak Management, hari ini.

Walaubagaimanapun Nolee Ashilin turut melahirkan rasa simpati kerana beberapa agensi dan rakan-rakan media Perak juga telah diarahkan untuk melakukan swab test pada 2 Mei 2021 dan memulakan kuarantin di rumah pada hari yang sama sehingga 7 Mei 2021.

Difahamkan kesemua agensi dan media Perak  turut diraikan dalam majlis berbuka puasa dan sidang media di The Haven All Suite Resort, Ipoh pada 27 April 2021 lalu seterusnya menjadi contact rapat dari peserta-peserta rombongan TMWU.

“Kerajaan Negeri juga berasa kesal di atas kejadian yang telah berlaku dan akan memantau secara serius pematuhan Standard Operating Prosedur (SOP) untuk sebarang pengajuran majlis pada masa hadapan terutamanya anjuran Kerajaan Negeri.