- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 2143

IPOH- Sejak Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan (SMKRP) menjadi anak angkat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), pelbagai kejayaan telah dicapai sekaligus meletakkannya antara sekolah yang cemelang di negeri Perak.
Pengetua SMRP, Wiza Rozahrin Mohamed Radzi berkata sokongan dan bantuan yang diterima telah menyumbang kejayaan serta kecemerlangan sekolah dan murid-murid.
- Details
- Rubiah Nordin
- Komuniti
- Hits: 774
IPOH - Sejajar dengan matlamat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), 'Keluarga Malaysia-Makmur, Inklusif, Mampan', terdapat tiga fokus turut melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, iaitu Majlis Bandaraya Ipoh secara langsung.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata, fokus yang dimaksudkan itu melibatkan Fokus Kedua, Kelapan dan Kesembilan.
Read more: RMK-12 : Tiga Fokus melibatkan MBI secara langsung
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 931

TAIPING – Sebatang pokok hujan-hujan tumbang di Raintree Walk, Taman Tasik Taiping yang menjadi tumpuan lensa pengunjung semasa datang beriadah di taman rekreasi ini telah reput dan mati.
Pokok berusia 136 tahun itu tumbang pada Januari 2018 ke arah jalan menghala tasik disebabkan kegagalan sistem akarnya sebelum usaha memuliharanya dilakukan oleh Majlis Perbandaran Taiping (MPT).
Read more: Pokok tumbang ikon Taman Tasik Taiping reput, mati
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 842

IPOH – Sebanyak 26,421 kilogram (kg) tepung gandum pelbagai jenama yang disimpan di sebuah premis kawasan perindustrian Mengelembu di sini dirampas pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Perak dalam satu operasi semalam.
Serbuan pada pukul 4 petang itu dilakukan sepasukan anggota penguatkuasa KPDNHEP yang menjalankan operasi ke atas sebuah premis yang disyaki menyimpan barang kawalan berjadual tanpa lesen.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 905

SUNGAI SIPUT – Seramai 27 sukarelawan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terdiri daripada siswa-siswi, pensyarah dan kakitangan turun padang dalam misi membantu mangsa banjir kilat yang terkesan di Sungai Siput.
Sukarelawan ResQ Team UPSI ini membantu membersihkan rumah penduduk di Mukim Pulai Kamiri dekat sini yang ditenggelami air akibat banjir kilat kelmarin.
Read more: Sukarelawan ResQ Team UPSI laksanakan misi kemanusiaan di Sungai Siput
© 2020 Peraktastic - Exploration & Discovery







