- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 156
Oleh Balqis Jazimah Zahari
IPOH: Pantai Hospital Ipoh melancarkan menu baharu khas bagi pesakit yang berada di dalam wad (inpatient) hari ini.
Selebriti Chef Datuk Fazley Yaakob hadir bagi sesi makan tengahari sekali gus melancarkan menu baharu itu di hospital berkenaan di sini hari ini.
Read more: Pantai Hospital Ipoh lancar menu khas untuk pesakit dalam wad
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 128
IPOH - Lalaland Cafe yang mengetengahkan konsep cafe kontena menjadi tarikan baharu pada penggemar gastronomi di bandaraya ini sekaligus mencetak nama sebagai lokasi wajib kunjung.
Terletak di Jalan Lasam di sini, cafe kontena ini nyata berlainan apabila menimbulkan suasana ceria pada warna-warni premis yang melambangkan kegembiraan.
Read more: Lalaland Cafe, restoran kontena terbuka berkonsepkan keceriaan
- Details
- Saloma
- Komuniti
- Hits: 67
IPOH: Para peniaga yang bakal menjalankan perniagaan di bazar Ramadan pada Mac nanti disarankan menyediakan Menu Rahmah kepada orang ramai, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Menurut beliau, para peniaga bukan sahaja digalakkan menawarkan menu itu kepada orang ramai tetapi juga mengenakan harga lebih berpatutan.
Read more: Peniaga bazar Ramadan disaran sedia Menu Rahmah- Datuk Bandar
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 58
IPOH: Sebanyak 50 peratus daripada 6,000 premis makanan di sekitar bandar raya Ipoh didapati mencapai 'standard A' selepas pemeriksaan kebersihan dilakukan penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Read more: Sekat pembaharuan lesen perniagaan jika premis makanan kotor - Datuk Bandar
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 84
Oleh Balqis Jazimah Zahari
KUALA KANGSAR: Statistik merekodkan Perak sebagai negeri kedua tertinggi daripada keseluruhan jumlah ibu tunggal selepas negeri Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan negeri, Salbiah Mohamed berkata, data laporan Penemuan Utama Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2020 itu menunjukkan jumlah ibu tunggal di negeri Perak adalah seramai 110,778 orang (11.8%).
"Negeri Perak adalah negeri kedua tertinggi selepas Selangor daripada jumlah keseluruhan ibu tunggal di negara ini iaitu seramai 940,735 orang.
"Bilangan ibu tunggal di Perak juga berjumlah sembilan peratus daripada populasi wanita di negeri ini dan daripada jumlah itu sebanyak 89,730 orang (81%) adalah ibu tunggal yang kematian suami dan selebihnya adalah berpisah atau bercerai hidup (19%)," katanya ketika berucap sempena Pameran dan Bengkel Ilham Mataku 'Expression from the Heart dirasmikan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang berkenan berangkat di Hotel Casuarina Kuala Kangsar di sini semalam.
Hadir sama mengiringi, Pengerusi HeArt & Craft, Raja Putra Shah; Ketua Mentor, Kurator dan Artis Antarabangsa Art Case Gallery, Raja Azhar Idris; Pengasas Al Najwa Production Sdn Bhd, Datuk Zunaidah Idris dan Pengerusi Pertubuhan Wanita Prihatin Perak, Noorzita Rabaai.
Salbiah berkata, menurut kajian oleh pihak kementerian dan ahli akademik, antara isu dan cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal adalah isu kemiskinan, masalah sosial, pengurusan tekanan emosi, masalah disiplin anak-anak dan adaptasi terhadap institusi keluarga yang berubah.
"Tidak dinafikan pembangunan dan pemerkasaan golongan ibu tunggal masih agak ketinggalan namun Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai insiatif untuk membantu golongan ini.
"Kerajaan Negeri telah menetapkan setiap inisiatif peduli rakyat samada program berbentuk bantuan terus mahupun pembangunan kendiri yang dijalankan mestilah melibatkan kumpulan ibu tunggal sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan," katanya.
Katanya, sebagai contoh, inisiatif Kad Perak Sejahtera iaitu bantuan membeli barangan dapur RM90 setiap bulan menyaksikan seramai 8,049 orang iaitu (42%) penerima adalah dari kumpulan ibu tunggal.
"Malahan, 40 peratus penerima bantuan peralatan perniagaan dibawah program Biznita dan bantuan tunai dari Program M2 juga adalah dari kalangan ibu tunggal," katanya. -Peraktastic-