IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meletakkan keprihatinan tinggi untuk menyantuni petugas-petugasnya dalam kategori berpendapatan rendah serta dibantu dalam aspek tertentu.

Ini juga selaras dengan hasrat supaya silaturrahim antara majikan dan petugas sentiasa dititikberatkan.

IPOH -Bagi menghargai peranan dan sumbangan media, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) telah menganjurkan majlis iftar di Hotel Casuarina semalam.

Majlis Berbuka Puasa Perak SADC bersama Media Perak ini telah dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, Yahanis Yahya bersama pengurusan kanan.

IPOH - Anggota bomba telah melakukan operasi membersihkan tumpahan bahan kimia yang ditemui di bahu jalan dekat Jalan Maxwell di Taman Idris di sini pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.50 pagi.

 

IPOH - Pekan Tanjung Rambutan atau lebih dikenali dengan sebutan pekan Tanjung letaknya tidak jauh dari pusat bandaraya Ipoh.

Dahulu cukup terkenal dengan pusat Mental Asylum yang siap dibina pada tahun 1911 dan merupakan pusat rawatan tertua seumpamanya di Malaysia. Hari ini pusat tersebut dikenali sebagai Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

IPOH- Menjelang  Julai tahun ini, Gerbang Malam bakal berimej baharu setelah pembinaan fasa pertama bumbung siap sepenuh.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin@ Md Daud berkata pembinaan struktur teduhan itu pada awal jangkaannya siap  pada 8 Mac 2022, namun terpaksa ditangguh dan dijangka siap pada 19 Julai 2022.