- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 815
IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menggandakan kualiti perkhidmatan perbandarannya apabila membeli 57 buah kenderaan pelbagai jenis dan jentera melibatkan perbelanjaan sebanyak RM12 juta.
Pertambahan kenderaan dan jentera itu perlu berikutan pembangunan pesat di bandaraya Ipoh dengan kewujudan kawasan perumahan baharu dan pusat-pusat perniagaan.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 1902
IPOH - "Teman nak pesan lah sikit jangan ingker beno kepada samseng jalanan tegar ni supaya mikir panjang sebelum nak membuat akai di bumi negeri Perak tercinta.
"Ini kerana Skuad 42 JSPT IPK Perak sentiasa ada untuk kome aje mengawasi dan hambat kome sehingga ke lubang cacing sekalipun untuk perangi aktiviti samseng jalanan habis-habisan.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 1107
IPOH - Penduduk Flat Ashby Road di sini pagi tadi dikejutkan dengan kejadian tragis seorang lelaki mati dipercayai setelah terbabit dalam satu pergaduhan di hadapan warung pasar pagi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, mangsa, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, disahkan maut di lokasi kejadian.
Read more: Tiga ditahan, lelaki maut bergaduh dekat Flat Ashby
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 737
BAGAN DATUK – Bomba menghentikan operasi mencari seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di perairan Sungai Hutan Melintang di sini petang semalam.
Memasuki hari keenam pencarian, mangsa masih gagal ditemui selain tiada petunjuk di sekitar kawasan pencarian.
- Details
- Rubiah Nordin
- Komuniti
- Hits: 764
IPOH - Pemecatan 12 ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang diumumkan pada Selasa adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan persatuan.
Seorang ahli gabungan, Tajul Hasnan Omar mendakwa pemecatan yang diumumkan Pemangku Presiden PAFA Datuk Muhammad Yadzan Mohammad itu juga tidak sah kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.







