- Details
- Rubiah Nordin
- Komuniti
- Hits: 811

IPOH - Seramai 15 penghuni Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Yaasin (PJAYY) terharu menerima kunjungan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md. Daud ke pusat jagaan tersebut, di Taman Cempaka, di sini hari ini.
Dalam kunjungan itu juga, pihak Majlis Bandaraya Ipoh, (MBI) turut menzahirkan keperihatinan dengan penyerahan sumbangan iaitu barangan makanan bernilai RM1,500.00 menerusi Program MBI Prihatin dengan kerjasama Econsave kepada Pengurus PJAYY, Norizan Razali mewakili penghuni di situ, pada Rabu.
Read more: Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Yaasin terima sumbangan MBI Prihatin
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 802

MADINAH - Jemaah yang bakal mengerjakan umrah boleh memohon dos penggalak vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera.
Presiden Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah Negeri Perak (PUHAZ), Mohamad Ali Sabri berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berhubung suntikan dos penggalak.
Read more: PUHAZ : Jemaah umrah boleh mohon dos penggalak menerusi aplikasi MySejahtera
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 880
TAIPING - Bantuan bomba terpaksa dipanggil bagi membawa keluar mayat seorang lelaki yang lemas di kawasan air terjun dekat kaki Bukit Larut di sini petang tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, pihaknya menerima panggilan bantuan tersebut pada pukul 3.09 petang.
Katanya, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dihantar ke lokasi kejadian dilaporkan berlaku.
"Setiba di lokasi, kita mendapati seorang lelaki berusia dalam lingkungan 34 tahun telah maut di tempat kejadian.
"Mangsa dipercayai berseorangan semasa kejadian," ujar jurucakap tersebut.
Komander operasi kemudian mengarahkan anggota mengambil mangsa menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai oleh PBK II Shah Izuwan itu tamat sepenuhnya pada pukul 6.05 petang.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 708
TAPAH - Lorong kecemasan dan lorong kiri Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan antara Tapah ke Bidor akan ditutup lima hari mulai Isnin, 15 November.
Bagaimana pun, lorong kanan dari Kilometer 329.65 hingga Kilometer 330.10 arah selatan masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.
Read more: Laluan Tapah - Bidor Lebuh Raya PLUS diselenggara
- Details
- Rubiah Nordin
- Komuniti
- Hits: 716
IPOH - Transit Aliran Ringan (LRT) di bandar raya Ipoh antara rangka pembangunan kerajaan negeri dalam menyediakan hab pengangkutan yang lebih moden selain mengatasi masalah kesesakan pada masa akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata sebagai permulaan, hab pengangkutan itu akan dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 60 hektar di sekitar Stesen Keretapi Ipoh, di sini.
Read more: LRT di bandar raya Ipoh dalam rangka pembangunan kerajaan negeri






