JEDDAH - Bakal jemaah umrah dan haji diwajibkan menggunakan aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna bagi memudahkan urusan ibadah di semua lokasi Tanah Suci.

Presiden Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah Negeri Perak (PUHAZ),  Mohamad Ali Sabri berkata kedua aplikasi tersebut telah diguna pakai lebih 23 juta penduduk Arab Saudi pada September lalu.

IPOH – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mengambil inisiatif membantu keluarga Encik Azidi Sudin yang menetap di Kampung Sri Aman, Menglembu, di sini yang hidup dalam serba kekurangan.

Azidi berusia 53 tahun berstatus asnaf dibantu dari pelbagai sudut seperti bantuan pembinaan tempat tinggal iaitu dibawah Program Inspirasiku MyHAUS berjumlah RM40,000.

IPOH - Bandaraya Ipoh bakal dibangunkan sebagai kluster pelancongan yang menglibatkan empat buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Majlis Daerah Kampar dan Majlis Daerah Batu Gajah.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan & Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 telah meletakkan Bandaraya Ipoh sebagai ibu negeri Perak dan Pusat Wilayah Negeri yang bukan sahaja berfungsi sebagai Pusat Pentadbiran Negeri, tetapi juga dibangunkan menjadi sebuah bandaraya pelancongan bertaraf dunia.

KUALA LUMPUR - Seramai sembilan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah Negeri Perak (PUHAZ) berlepas ke Tanah Suci Mekah hari ini, bagi melaksanakan pemeriksaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Setiausaha PUHAZ, Abdul Jabbar Mohammed Kahar berkata, lawatan ini sempena pengumuman pembukaan pintu masuk ke negara tersebut untuk ibadah umrah selepas ditutup dalam tempoh lama akibat pandemik Covid-19.

KAMPAR - Sebuah kilang papan di Jalan Kelar, Mambang Diawan dekat sini musnah sebahagiannya dalam kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.39 pagi.