Iftar Ramadan: Gulai Kawah 'Lagend' warisan terbaik di Ipoh
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Makanan Minuman
- Hits: 887
Tercari-cari 'Gulai Kawah' terbaik sempena iftar Ramadan?. Jawapan, pastinya di Kinta Riverfront Hotel & Suite.
Iftar Sinar Ramadan Buffet, Kinta Riverfront Hotel & Suite menyajikan lebih 100 menu masakan Melayu tradisional yang diilhamkan dengan sentuhan pengalaman Chef Eksekutif, Chef Munir lebih 23 tahun.
Selain kelazatan Gulai Kawah, Sup Kawah, Sup Perut Muda, Daging Bakar, dan Kambing Golek antara menu istimewa yang mendapat permintaan tinggi.
Satu kerugian besar sekiranya terlepas menikmati laksa dan mee rebus panas di gerai yang disediakan.
Bagi memeriahkan lagi suasana berbuka, pengunjung juga akan dihiburkan dengan petikan gambus secara langsung.
Rebutlah tawaran tempahan awal, 'early bird' bermula sekarang hingga 5 April sebanyak RM68.00 seorang berbanding harga asalnya RM88.00 seorang.
Kinta Riverfront turut mengalu-alukan mana-mana badan korporat, NGO mahupun individu yang ingin berkongsi kegembiraan berbuka puasa bersama yang golongan yang kurang bernasib baik dengan harga serendah RM58.00 seorang berserta syarat minimum 30 orang.
Iftar Sinar Ramadan Buffet ini bermula 6 April hingga 2 May 2022 di Riverview Coffee House. harga untuk dewasa RM88.00, warga emas RM79.00 dan kanak-kanak RM58.00. Bagi tempahan awal 'Early Bird Wowcer' RM68.00.
Sebarang tempahan boleh hubungi Kinta Riverfront Hotel & Suite di talian 05 245 8888.